Want your
own Fotopage?






 
~Lady..Lovely Kitchen~

By: cendawan liar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Jun-2008 12:08 Email | Share | Bookmark
Biskut Tembikai

 
 
 
 
 
Entry kali ni daku nak menunaikan permintaan Rina..dia nak wat kuih raya dah w/pun raya lambat lagi...


Yang ni resepi asal dari FnR

Quote:
BISKUT TEMBIKAI [gadis_aries]

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit? dulu....

Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula? Aries buat jadi mcm tu


Tapi Wa buat guna resepi Tart Ros...( Resepi asal dari FnR )


TAT ROS

3/4 cawan gula aising - tambahkan sikit gula utk buat biskut tembikai.
1 cawan mentega
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit tepung gandum ikut lembut
Jem sbg inti
Cawan kertas

1. Putar gula aising bersama mentega seketika.
2. Masukkan kuning telur, putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai.
5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat.
6. Sapukan jem di permukaan ciskut dan lipat dua.
7. Buat dua keeping dan cantumkan.
8. Masukkan ked lm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net