1 biji epal masakan (rasanya lebih masam berbanding epal hijau biasa)
3 ulas bawang merah } dimayang
2 batang serai } dihiris
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil udang kering } ditumbuk kasar
10 tangkai cili padi } dihiris
garam secukup rasa
secubit gula
Cara membuat:
Epal dibuang kulit dan diparut.
Masukkan epal yg telah diparut ke dalam air yang mengandungi sedikit garam untuk mengelakkan epal menjadi lebam.
Gaul sekata bawang merah, serai, cili padi, sos ikan dan udang kering.
Kemudian masukkan epal yg telah ditoskan.
Rasa kan garam dan gula secukup nya.
Nota: Jika menggunakan epal yg kurang masam, perahkan sedikit air limau nipis.